PELUANG PERNIAGAAN

PELUANG PERNIAGAAN HIDROPONIK YANG KAMI TAWARKAN:
1. Menjadi Kazz Agropreneur (Pengedar Daerah)
Kazz Agropreneur adalah pengedar daerah produk kami kepada pelanggan di daerah mereka. Modal yang diperlukan untuk menjadi Kazz Agropreneur hanya RM500.00 sahaja.
Kazz Agropreneur akan mendapat:
- 13 Set Hidroponik (Semenanjung Malaysia Sahaja) dan 10 Set Hidroponik (Sabah dan Sarawak Sahaja)
- 50 keping Pamphlet
- 1 Cd Penanaman (Bertujuan untuk memudahkan anda memberi penerangan kepada pelanggan di tempat anda)
- Surat perlantikan
- Penghantaran percuma
- Banting Percuma
2. Menjadi Stokis Negeri
Stokis Negeri adalah stokis yang akan mengedarkan produk kami pelanggan-pelanggan kami di negeri-negeri yang terdapat di Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak. Modal yang diperlukan untuk menjadi stokis negeri adalah RM12,500 bagi Semenanjung Malaysia manakala RM13,500 bagi Sabah dan Sarawak (Modal adalah tidak termasuk kos penghantaran).
Stokis negeri akan berpeluang mendapat:
- 25O Unit Set Hidroponik
- 15 Unit Takung Hidroponik
- 15 Unit Penutup Polisterin
- 50 Unit Baja Hidroponik
- 15 Unit Cawan Penyukat 250ml
- 30 Unit Bakul Media
- 15 Paket Biji Benih
- 30 Paket Benang Media
- 20 Unit Baja Cecair 500ml
- 20 Unit Baja Cecair Sprayer
- Surat pelantikan
- Cd Penanaman (Bertujuan untuk memudahkan anda memberi penerangan kepada pelanggan di tempat anda)
- Khidmat Nasihat di tempat Stokis Negeri selama 3 hari (Semenanjung Malaysia sahaja)
- 2 Bunting
- 5,000 Pamplet
- 1,000 Business Card
- 1 Laman web percuma untuk stokis negeri mempromosikan perniagaan mereka
KELEBIHAN MENJADI STOKIS NEGERI:
1. Mendapat keuntungan sehingga 30%.
Stokis negeri akan mendapat 30% keuntungan daripada hasil jualan.
2. Potensi pasaran yang luas
Potensi pasaran untuk hidroponik dan hidrokultur amat luas di Malaysia di mana masih tidak ramai yang menyedari potensi pasaran ini yang boleh berkembang di Malaysia dan luar negara. Justeru itu, peluang untuk berjaya dan mendapat keuntungan dalam hidroponik dan hidrokultur adalah amat tinggi.
3. Khidmat nasihat disediakan
Kami juga turut menyediakan khidmat nasihat di tempat pengedar selama 3 hari dan dari semasa ke semasa (Semenanjung Malaysia sahaja). Selama 3 hari itu, kami akan memberi maklumat tentang cara penanaman hidroponik, hidrokultur, maklumat berkenaan Set Hidroponik dan Baja Cecair untuk rujukan stokis serta apa-apa maklumat yang diperlukan stokis. CD penanaman hidroponik juga turut disertakan untuk memudahkan stokis negeri memberi penerangan kepada pelanggan di tempat mereka.
4. Boleh melantik pengedar di negeri mereka
Stokis negeri juga boleh melantik pengedar (kazz agropreneur) di negeri mereka sama ada sama ada di setiap daerah untuk menjana pendapatan.
5. Belian semula dengan harga stokis
Untuk pembelian seterusnya, stokis negeri akan mendapat potongan harga sehingga 70% daripada harga asal. Ini pastinya memberi keuntungan berganda kepada stokis negeri.
6. Nama anda/ perniagaan tersenarai di laman web utama syarikat
Kami juga akan turut menyenaraikan nama, nombor telefon serta alamat premis perniagaan stokis negeri di laman web utama kami iaitu www.kazzponik.comsebagai bantuan untuk mempromosikan perniagaan anda.
7. Pelanggan yang telah sedia ada
Kami juga turut mempunyai senarai pelanggan sedia ada yang berminat dalam penanaman hidroponik kerana kaedah perniagaan ini adalah unik dan mudah dilaksanakan. Pelanggan yang berminat atau berpotensi membeli produk hidroponik dan baja cecair di negeri berkenaan akan kami rujuk terus kepada stokis negeri.
8. Berpeluang menghadiri kursus/ seminar dengan harga diskaun
Kami juga boleh mengadakan kursus/seminar sekiranya mendapat permintaan dan sekiranya stokis negeri berminat, kami akan memberi potongan harga. Kursus/ seminar diadakan bagi memberi penerangan dan ilmu pengetahuan di samping membuka peluang perniagaan kepada mereka yang berminat menjadi usahawan dalam bidang hidroponik dan hidrokultur.
9. Mempunyai laman web sendiri untuk mempromosikan perniagaan
Kami juga turut menyediakan laman web untuk setiap Stokis Negeri secara percuma bagi memudahkan stokis negeri mempromosikan perniagaan mereka serta memudahkan pelanggan mendapatkan produk daripada mereka.
Berminat Hubungi Kami di :
06-2323500 Cik Ann
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed