Posts filed under ‘HYDROCULTURE’
Rumah Hidrokultur
Saban tahun, permintaan terhadap pokok bunga dan pokok hiasan semakin meningkat. Statistik menunjukkan lebih kurang 610 orang pengusaha bunga-bungaan dn tanaman hiasan yang telah berdaftar di Malaysia. Jumlah pengusaha ini seraya dengan peningkatan permintaan terhadap bunga-bungaan di Malaysia.Keluasan kebun bunga dan tapak semaian di Malaysia kini mencecah hampir 2000 hektar.
Jika kita lihat kebanyakan pusat semaian anak pokok misalannya pokok bunga dan pokok hiasan di Malaysia, kebanyakannya menggunakan tanah sebagai medium penyemaian. Sebagai langkah untuk mengatasi masalah kekurangan kawasan penyemaian, kami mengesyorkan untuk menggunakan teknik hidrokultur sebagai medium penyemaian pokok hiasan dan bunga-bungaan.
Penubuhan rumah hidrokultur dapat membantu dalam penjimatan kos kawasan yang digunakan. Rumah hidrokultur ini adalah teknik yang berkesan kerana ia boleh dijalankan dimana sahaja. Selain dilakukan di tepi-tepi jalan seperti kebiasaannya, ia kini boleh dijalankan di tempat-tempat tertutup seperti Pasaraya, Shopping Complex, di deretan kedai dan sebagainya.
Kenapa Hydrokultur ia boleh dilakukan ditempat tertutup?
- Ia tidak menggunakan medium tanah sebagai tempat penanaman dan penyemaian.
- Hanya menggunakan air baja sebagai medium penanaman
- Tidak mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan
- Tak memerlukan cahaya matahari yang banyak cukup sekadar cahaya lampu
- Menjimatkan kos penggunaan tanah
- Membantu pengudaraan di dalam tempat seperti shopping compleks, pasaraya dan supermarket
- Menarik perhatian pengunjung di pasaraya
- Meningkatkan produk jualan hidrokultur
- Menarik minat untuk menceburi bidang Hidrokultur
Projek rumah hydrokultur ini adalah satu langkah penjimata yang bijak untuk dilakukan oleh kepada sesiapa yang meminati bidang perusahaan bunga-bungaan dan tanaman hiasan.
Sekiranya anda berminat untuk menceburi bidang hidrokultur ini dan ingin menjadi usahawan hidrokultur, anda boleh hubungi kami di:
__________________________________________________________
TROPICAL BIOESSENCE MARKETING
Hotline:
013-6002842 (Cik Ann)
Email: kazzponik@yahoo.com
Website: www.kazzponik.com
HIDROKULTUR

REVOLUSI SENI TAMAN MASA KINI
(HIDROKULTUR YANG MENAKJUBKAN DALAM PEJABAT, RUMAH, BANGUNAN, SEKOLAH ANDA.)
HIDROKULTUR merupakan satu kaedah PENANAMAN POKOK TERKINI tanpa menggunakan tanah sebaliknya menggunakan media cecair yang mengandungi nutrient yang lengkap iaitu Baja Cecair KAZZ.
Sifat media cecair ini yang mesra alam membolehkan ikan hidup didalamnya bersama dengan pokok hiasan anda dalam pasu balang kaca. Ia bebas berenang di sekitar akar pokok dan menampakkannya lebih menarik. Ia tidak perlu dijaga rapi.
Kajian NASA menyatakan keseluruhan bangunan masa kini menghadapi masalah sindrom “Sick Building”.
Pokok plastik, bahan-bahan elektrik, elektronik dan sebagainya mengeluarkan formaldehid, gas karbon dioksida dalam pelarut pasti membahayakan kesihatan manusia tanpa kita sedari.
Dengan adanya tanaman hidrokultur di dalam rumah, bangunan, pejabat, atau sekolah, ia dapat mengatasi masalah tersebut. Umumnya tumbuhan hijau akan membebaskan oksigen semasa proses sintesis. Ini bemakna tanaman hidrokultur dapat membekalkan oksigen dalam bangunan.
Tanaman hidrokultur juga sesuai untuk mengatasi masalah stress, murung, lesu, dan menjadi media terapi untuk kesihatan, menceriakan suasana sekitar, meneutralkan pencemaran udara dan sebagainya.
Bayangkan suasana dalam bilik, rumah, pejabat, bangunan, dan sekolah anda dihiasi dengan tanaman hidrokultur dalam pasu berkaca dengan ikan laga, gapi dan puyu sedang berenang di sekitar akar pokok yang putih. Sungguh indah dan menenangkan fikiran.
Oleh itu, apa tunggu lagi segera dapatkan kit Hidrokultur daripada kami.
……………………………………………………………..
TROPICAL BIOESSENCE MARKETING
NO 88,Jalan tu 2,Taman Tasik Utama,
75450,Ayer Keroh,Melaka Malaysia
Pejabat : 06-2323500 Faxs : 06-2323887
Hotline: 019-7736867 (Cik Hidayah)
Email: kazzponik@yahoo.com
Website: www.kazzponik.com
JEMPUTAN MENGIKUTI SEMINAR USAHAWAN DAN PELUANG PERNIAGAAN HIDROKULTUR
KAZZ MARKETING INGIN MENJEMPUT ANDA UNTUK MENYERTAI SEMINAR USAHAWAN DAN PELUANG PERNIAGAAN HIDROKULTUR YANG AKAN DI ADAKAN PADA 1-2 OGOS 2009 INI
BERTEMPAT DI D’NELAYAN BEACH RESORT, MASJID TANAH, MELAKA.
MAKLUMAT KURSUS:
Tarikh : 1-2 Ogos 2009
Masa Pendaftaran : 1 Petang(1 Ogos 2009)
Hari : Sabtu-Ahad
Tempat : D’nelayan Beach Resort, Masjid Tanah, Melaka.
Yuran Masuk : RM350(Termasuk Penginapan 1 Malam, 6 Kali Makan, Dan Sijil)
Peserta : Minimum 30 orang sahaja.
01 OGOS 2009 (SABTU)
12: 00 AM : KETIBAAN PARA PESERTA & CHECK IN RESORT
13: 00 PM : LUNCH
14: 00 AM : SESI 1: PENGENALAN HIDROCULTURE
16: 00 PM : SESI 2: CARA-CARA PENANAMAN HIDROCULTURE
18 : 00 PM : BERGERAK KE UMBAI UNTUK MAKAN IKAN BAKAR KE CRYSTAL BAY DAN NAIKBOT MEYUSURI SUNGAI MELAKA
02 OGOS 2009 (AHAD)
08: 00 AM : SARAPAN PAGI
08: 30 AM : SESI 3: PELUANG PERNIAGAAN USAHAWAN
10: 00 AM : TEA BREAK
10: 15 AM : SESI 4: PELUANG PERNIAGAAN USAHAWAN HIDROCULTURE
12: 00 PM : SESI 5: PINJAMAN TEKUN TANI: TEKUN NASIONAL
13: 00 PM : PENYAMPAIAN SIJIL
SESSI BERGAMBAR BERSAMA PESERTA
13: 30 PM : MAKAN TENGAHARI
14: 00 PM : BERSURAI / CHECK OUT
MENGAPA ANDA PERLU MENGIKUTI SEMINAR USAHAWAN DAN PELUANG PERNIAGAAN HIDROKULTUR INI?
- Di Malaysia sekarang, tiada mana-mana syarikat sama ada bumiputra mahupun bukan bumiputra yang mengeluarkan produk hidrokultur . Justeru melalui seminar ini, kami akan membuka peluang anda untuk menceburi bidang Hidrokultur ini.
- Anda yang mengikuti kursus ini juga berpeluang mengikuti lawatan ke Melaka secara percuma di mana anda berpeluang menikmati keenakan ikan bakar di Crystal Bay serta pemandangan waktu malam sepanjang Sungai Melaka yang indah dengan menaiki River Cruise. Semua ini adalah percuma!!
- Kami juga akan membantu dan memberi sokongan kepada anda yang ingin mendapatkan pinjaman kewangan untuk menjadi usahawan Hidrokultur.
- Kami juga akan mengajar cara penanaman hidrokultur yang selama ini tidak di komersilkan di Malaysia melalui seminar ini.
CEPAT, REBUTLAH PELUANG INI KERANA TEMPAT ADALAH TERHAD KEPADA 30 PESERTA SAHAJA. PENYERTAAN DIBUKA SEHINGGA 30 JULAI 2009 SAHAJA. SIAPA CEPAT DIA DAPAT!!
__________________________________________________
Sekiranya berminat, hubungi:
KAZZ MARKETING,
Pejabat: 06-2323500
Faks: 06-2323887
Email: kazzponik@yahoo.com
Hotline: 019-7546867 (Encik Ramiz)/ 019-7706867 (Encik Ibrahim)
CARA MEMBUAT TANAMAN HIDROKULTUR
CARA-CARA PENYEDIAAN TANAMAN HIDROKULTUR
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Pokok hidrokultur
- Balang kaca
- Baja cecair
- Air paip
Langkah 1:
Keluarkan pokok hidrokultur daripada pasu. Jangan cabut atau potong akarnya. Anda harus mengeluarkannya dengan tanahnya sekali.
Langkah 2:
Alurkan air paip pada akar untuk membersihkan bahagian akar pokok tersebut. Bersihkan sisia tanah yang terdapat pada akar pokok tersebut dengan air.
Langkah 3:
Ambil baja cecair khas yang digunakan untuk hidrokultur. Bancuhan sukatan air baja adalah 1 penutup botol baja tersebut dicampur dengan 2 liter air paip.
Langkah 4:
Masukkan air baja kedalam baling kaca sebanyak setengah daripada baling kaca tersebut. Kemudian masukkan beberapa ketul batu hiasan kedalam baling tersebut supaya kelihatan lebih menarik. Selepas itu masukkan pila pokok hidrokultur yang telah dibersihkan sebentar tadi.
Anda boleh juga memasukkan ikan hiasan yang kecil seperti ikan pelaga kedalam balang tersebut. Anda tidak perlu risau kerana ikan boleh hidup didalam air baja tersebut.
SEKIRANYA ANDA BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN BARANGAN DIBAWAH:
- Pokok Hidrokultur
- Baja Cecair
- Balang Kaca
BOLEH HUBUNGI:
……………………………………………………………..
TROPICAL BIOESSENCE MARKETING
NO 88,Jalan tu 2,Taman Tasik Utama,
75450,Ayer Keroh,Melaka Malaysia
Pejabat : 06-2323500 Faxs : 06-2323887
Hotline: 019-7736867 (Cik Hidayah)
Email: kazzponik@yahoo.com
Website: www.kazzponik.com
HYDROCULTURE REVOLUSI TANAMAN HIASAN MODEN
APA ITU HIDROKULTUR?
Hidrokultur adalah salah satu daripada kaedah hidroponik di mana tanaman membesar menggunakan media air dan nutrien melalui tindakan kapilari. Kandungan tanah seperti LECA dan Hydroton boleh digunakan untuk membantu tanaman membesar dengan menggunakan kaedah hidroponik.Tanaman hidrokultur boleh digunakan sebagai rawatan sampingan dan ianya selalu dijual dalam bentuk sedia untuk digunakan. Selain itu, cara paling mudah untuk tanaman hidrokultur ialah dengan mengambil keratan batang dan letakkan akarnya dalam air baja kemudian letakkan di dalam bekas.
TAHUKAH ANDA?TANAMAN HIDROKULTUR MENINGKATKAN KUALITI UDARA DI DALAM RUMAH ANDA.
Sama-ada kita berada di dalam rumah ataupun diluar rumah mahupun ditempat kerja, kita sentiasa menghirup udara yang tercemar. Udara yang kita sedut tidak semestinya baik. Udara di sekeliling kita tercemar disebabkan oleh proses penyejatan daripada bahan pejal, perabot, peralatan elektrik atau asap rokok. Jangan kita tidak tahu peralatan disekeliling kita turut mengundang ke arah pencemaran udara kerana ia mengeluarkan asid.
Tanaman hidrokultur adalah langkah yang baik dalam menuetralkan udara disekeliling kita. Ianya telah terbukti dimana tanaman ini berfungsi sebagai penapis biologi kepada pencemaran. Tanaman hidrokultur boleh melawan pencemaran melalui liang stoma yang terdapat pada daun. Akar pula memainkan peranan untuk membersihkan udara. Racun seperti nikotin, formaldehyde, benzene dan phenol boleh dikurangkan menggunakan cara biologi melalui micro-organisma yang terdapat pada kawasan akar.
KEBAIKAN TANAMAN HIDROKULTURE:
Kehijauan didalam kawasan tempat kerja akan mencipta:
- Keadaan yang lebih selesa melalui kelembapan udara yang lebih baik
- Udara yang lebih segar dan bersih
- Meningkatkan oksigen
- Atmosfera yang menyenangkan
- Bebas dari pencemaran seperti nikotin, formaldehyde dan sebagainya.
KESAN PSIKOLOGI DALAM BANGUNAN YANG DIHIASI TANAMAN HIDROKULTUR:
- Meningkatkan komunikasi
- Pekerja menjadi lebih sihat
- Motivasi dan prestasi meningkat
- Keadaan atmosfera mengurangkan tekanan dan kesibukan.
- Suasana bekerja akan lebih bersemangat
KELEBIHAN-KELEBIHAN HYDROCULTURE BERBANDING TANAMAN DI TANAH.
- Lebih bersih daripada tanah.
- Tiada alahan.
- Tidak perlu menggantikan tempat pertumbuhan.
- Bebas bau.
- Pengudaraan punca yang bagus kerana kerikil tidak padat.
- Bebas dari makhluk perosak – tidak lipan-lipan, sowbugs, binatang perosak cecacing atau tanah lain.
- Pembajaan hanya sekali setiap 1 -2 bulan.
- Zat makanan teratur.










Recent Comments