Posts filed under ‘HIDROPONIK’

HIDROPONIK ASAS AEROPONIK

Aeroponik berasal dari perkataan aero yang membawa maksud udara dan ponosyang bermaksud daya atau kerja. Aeroponik disimpulkan  sebagai kaedah memberdayakan udara. Aeroponik merupakan suatu sistem hidroponik yang menggunakan udara sebagai media utama dan mendapatkan nutrisi & air melalui kabut (mist/fog) buatan. Teknik ini menempatkan tanaman dimana akar diposisikan tergantung diudara dan di tampung oleh styrofoam. Nutrisi diberikan dengan cara pengkabutan secara merata di daerah sistem perakaran.Akar tanaman yang tergantung akan menyerap larutan nutrisi tersebut.

Aplikasi utama dalam sistem aeroponik adalah tekanan (pressure) yang dihasilkan oleh selang saluran. Tekanan tinggi pada selang saluran akan menghasilkan butiran air berbentuk kabut. Permasalahan utama untuk teknik aeroponik pada umumnya adalah tekanan yang dihasilkan di selang saluran adalah kurang tinggi sehingga butiran air yang terbentuk adalah kasar. Semakin kecil butiran air maka permukaan butiran air semakin luas dan meyebabkan kandungan udara semakin banyak. Semakin banyak kandungan udara di permukaan wap air, maka kemungkinan penambatan O2 oleh butiran air semakin meningkat.

Aeropononik merupakan kaedah penanaman yang sangat efektif kerana ianya dapat menghasilkan butiran cairan halus (droplet) dalam bentuk wap air yang mempunyai kelebihan seperti lebih mudah diserap oleh tanaman. Media perakaran yang paling efektif adalah media yang mampu menyediakan dan mengirim O2 paling banyak ke perakaran tanaman. Tanah padat menyediakan 20-30 % O2 untuk akar. Media tanaman kombinasi tanpa tanah menyediakan hingga 50 % O2 dan hidroponik 80% untuk akar. Maka, aeroponik dengan langit sebagai batas memungkinkan akar memperoleh O2 hingga 99%. Inilah alasan mengapa pertumbuhan tanaman aeroponik lebih pesat daripada tanaman yang menggunakan kaedah konvensional.

Pengabutan nutrisi yang optimis diberikan secara langsung kepada akar tanaman sehingga akar dapat menyerap nutrisi dengan lebih mudah. Sisa nutrisi yang tidak menempel di akar akan kembali lagi ke larutan yang ada dibawahnya, dan akan dilarutkanlagi.

Sistem aeroponik dapat meningkatkan pertumbuhan hingga 10 x lebih cepat pada beberapa tanaman semusim berbanding dengan kaedah tanaman yang menggunakan kawasan tanah. Penghasilan pertumbuhan yang pesat adalah disebabkan oleh akar intensif memperoleh larutan nutrisi yang kaya DO dan nutrisi juga menyerap dalam sistem perakaran tanaman secara langsung tanpa media perantara. Pada kebiasaanya, sistem tanaman konvensional akan menyerap nutrisi beserta kandungan bacteria dalam sistem perakaraan. Kecepatan penyerapan nutrisi melalui kaedah tanaman aeroponik adalah mampu mencapai sehingga 135 % lebih cepat daripada kaedah hidroponik yang lain. Walau bagaimanapun sistem tanaman aeropik mempunyai kelemahannya tersendiri dimana sistem ini terlalu bergantung kepada kabut yang menghasilkan springkel. Akar tanaman ini akan lebih mudah mengering sekiranya sistem pengkabutan terganggu atau terdedah kepada udara tanpa penutup (sealed).

Perbezaan ketara antara aeroponik dan hidroponik adalah dari segi kos dan juga perlaksanaannya. Aeroponik memerlukan kos yang tinggidisebabkan alatan yang digunakan termasuk pam dan palong berteknologi tinggi. Manakala hidroponik adalah asas kepada aeroponik hanya memerlukan kos yang rendah tanpa kos pam dan palong.

Untuk negara ma laysia beralih kepada teknologi Aeroponik, ianya memerlukan kos yang amat tinggi dan tenaga kerja yang mahir dalam pengendalian teknik Aeroponik. Oleh itu kami mencadangkan teknik Hidroponik sebagai asas teknologi pertanian dimasa hadapan. Di samping itu membuatkan rakyat Malaysia dapat memahirkan diri dalam teknologi pertanian baru iaitu tanaman tanpa tanah.

Berdasarkan pelan pembangunan sektor agro makanan  yang dirangka, seramai111,335 orang pekerja mahir dalam industri pertanian diperlukan bagi mendokong wawasan dan menjayakan misi untuk membangunkan sektor pertanian negara menjadi satu dari penjana utama ekonomi negara.

Berbeza dengan kaedah hidroponik yang memerlukan akar tanaman terendam dalam nutrien, kaedah aeroponik memerlukan ruang udara antara akar pokok dan paip yang menyemburkan nutrien dan air untuk melembapkan dan menyuburkan pokok.

Proses penanaman bermula dengan percambahan biji benih. Setelah dua hari di dalam bilik percambahan, anak pokok itu dipindahkan ke tapak semaian dan dibiarkan selama dua minggu sebelum diletakkan di atas palong di dalam rumah hijau. Di rumah hijau itu, sayur-sayur berkenaan akan dibiarkan membesar sehingga sampai masa untuk dituai.

Palong-palong di rumah hijau itu diperbuat daripada polistyrene untuk mengelak penyerapan haba. Di bahagian tengah palong diletakkan paip yang mempunyai alat semburan yang direka khas pada jarak yang tertentu.

”Alat penyembur itu akan menyemburkan nutrien dan air yang telah disejukkan ke bahagian akar tanaman pada kekerapan tertentu. Ruang yang ada antara paip dan akar tumbuhan itu membolehkan tanaman memperoleh oksigen secukupnya untuk pembesaran yang lebih cepat dan sihat.

”Semburan air sejuk itu dapat ‘menipu’ tanaman sehingga membolehkan kita menanam sayur iklim sederhana di kawasan rendah dan panas seperti di sini,”.

Dua elemen penting dalam proses aeroponik ialah air dan bekalan elektrik. Kaedah aeroponik merupakan kaedah yang paling menjimatkan air, iaitu menggunakan kira-kira 10 peratus air yang digunakan dalam kaedah hidroponik. Lebihan air semburan di palong akan dikumpulkan dan disalurkan kembali ke tempat penyejuk untuk dikitar semula dalam proses semburan berikutnya.

Dalam situasi masa dan ekonomi sekarang, adalah amat tidak sesuai untuk kerajaan Malaysia mengimplementasikan aeroponik di sebabkan kos yang amat tinggi dan oleh kerana itu kami mencadangkan agar hidroponik diperkenalkan sebagai asas kepada pembelajaran disekolah-sekolah milik penuh kerajaan dan swasta kerana kos yang rendah.

“KEMPEN MERAKYATKAN HIDROPONIK”

August 5, 2009 at 5:51 PM 1 comment

HIDROPONIK UNTUK WARGA KOTA

bandar sesak

SISTEM HIDROPONIK UNTUK WARGA BANDAR / KOTA

Kepesatan dan kepadatan kawasan di kota dan bandar menyekat dan menghalang warga kota untuk melibatkan diri dalam aktiviti pertanian. Di bandar, kawasan kosong adalah terhad. Dan jika kita lihat dibandar memang tiada kawasan yang menjalankan aktiviti pertanian. Oleh itu, warga kota tidak berpeluang menanam sayur-sayuran sendiri.

Penggunaan sistem hidroponik takung amatlah menepati keadaan di kota dan bandar. Penanaman secara hidroponik ialah satu kaedah menanam tumbuhan tanpa menggunakan tanah. Kaedah ini menggunakan larutan zat makanan di dalam takungan yang berisi air. Ianya amatlah mudah dan tidak memerlukan penjagaan yang rumit. Terdapat beberapa sistem penanaman secara hidroponik tetapi “hidroponik takung” adalah yang disyorkan bagi wargakota kerana mereka mempunyai kawasan untuk bertanam yang terhad.

HIDROPONIK TAKUNG

1. Kelebihannya

(a) Kos rendah dan tidak memerlukan kerja-kerja yang berat seperti mencangkul , merumput dan menyiram.
(b) Dapat mengeluarkan hasil yang tinggi dan bermutu dalam kawasan yang sempit seperti beranda (balcony)atau halaman dalam (patio) rumah-rumah pangsa, kondominium dan sebagainya.
(c) Memerlukan kawalan penyakit/ serangga yang minimun. penggunaan racun perosak yang rendah, justeru itu tidak terdedah kepada risiko sisa baki racun perosak.

2. Kaedah Penyedian Dan Peralatan Yang DiperlukanSET LENGKAP KAZZPONIC

(a) Takung Hidroponik

Untuk pokok hidup subur, takung hidroponik hendaklah tidak telus cahaya, tidak serap panas dan tidak berkarat. Panjang dan lebar takung tiada dihadkan tetapi tinggi takung dihadkan kepada 10-15 cm sahaja. Untuk kemudahan, adalah disyorkan supaya digunakan takung plastik berukuran 15 cm tinggi, 52 cm panjang dan 26 lebar yang dilengkapkan dengan penutup polistirena yang berlubang serta bakul-bakul semaian.

Takung ini boleh menampung sebanyak lapan pokok sayuran berdaun seperti Gambar (1) dan (2). Jenis takung ini adalah sesuai untuk sayur-sayuran berdaun sahaja.

Salad kailan2

Penutup takung adalah perlu untuk melindungi larutan baja di dalam takung dari terkena sinaran dan kepanasan matahari serta kemasukan air hujan yang akan mencairkan larutan baja. Bahan yang sesuai digunakan adalah kertas tebal, plastik atau polistirena. Penutup ini hendaklah mempunyai lubang-lubang dibuat untuk meletakkan bakul semaian.Jarak lubang adalah bergantung kepada jenis tanaman.Takung dan penutup ini boleh dibeli dari kedai-kedai swasta tertentu.

(d) Bakul dan Media Semaian

Bakul semaian plastik kecil yang berlubang diletak pada lubang-lubang di penutup takung. Benang dari jenis yang boleh menyerap air diletakkan di dalam bakul semaian sebagai media percambahan biji benihJuntaikan perca kain atau benang tersebut melalui lubang-lubang dinding bakul sumbu supaya dapat meresap larutan air baja. Pada permulaan penanaman, bahagian bawah bakul perlulah direndam dalam larutan baja buat seketika untuk membasahi media tanaman.

(c) Penyediaan Larutan Baja

Gunakan baja hidroponik komersil dengan kadar yang disyorkan pada label. Baja ini boleh dibeli dari kedai-kedai pembekal baja swasta tertentu.

Air paip atau air tangki yang digunakan untuk penyediaan larutan baja hendaklah yang telah lama tersimpan kerana ianya bebas dari klorin. Air hujan boleh digunakan juga tetapi perlu mengambil air selepas pertengahan hujan lebat supaya tidak mengandungi bahan-bahan kotor.

(d) Menyemai

Semai sebanyak 2-4 biji benih ke dalam satu bakul semaian. Tinggalkan kepada 1-2 pokok sebakul seminggu selepas benik bercambah. Elakkan benih dari terendam dalam larutan.

(e) Penjagaan

Letakkan alat hidroponik di bahagian patio atau balkoni rumah terlindung dari hujan dan mendapat sinaran matahari sekurang-kurangnya separuh hari. Pastikan air hujan tidak masuk ke dalam takung supaya larutan baja tidak menjadi cair. Kawalan serangga/penyakit boleh dibuat dengan menbuang bahagian yang diserang atau menangkap perosak dengan tangan.

(a) Pastikan ada ruang udara pada pangkal pokok permukaan air untuk pernafasan akar.

(b) Gunakan media dalan larutan yang baru untuk setiap penanaman.

(c) Basuh dengan sempurna takung, penutup dan bakul selepas setiap penanaman.

(d) Disyorkan supaya memasukkan ikan seperti ikan pelaga untuk menghalang pembiakan jentik-jentik dalam larutan baja.

Sila berhubung dengan kami sekiranya terdapat sebarang kemusykilan

TROPICAL BIOESSENCE MARKETING
NO 88,Jalan tu 2,Taman Tasik Utama,
75450,Ayer Keroh,Melaka Malaysia
Pejabat : 06-2323500 Faxs : 06-2323887
Hotline:
019-7736867 (Cik Hidayah))
Email: kazzponik@yahoo.com
Website: http://www.kazzponik.com

July 23, 2009 at 6:37 PM Leave a comment

Penanaman Hidroponik Di Sekolah

KELEBIHAN SET KAZZPONIC KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH

APAKAH HIDROPONIK?

Hidroponik adalah suatu teknik penanaman yang menggunakan air sebagai medium pertumbuhan. Ia juga merupakan penanaman sayuran tanpa tanah.

APAKAH SET KAZZPONIK?

Set Kazzponic adalah peralatan lengkap untuk penanaman sayur-sayuran tanpa tanah.  Set ini merangkumi bebrapa peralatan lengkap seperti :

  • Penutup dan takung Hidroponik
  • Baja Hidroponik (untuk 10 kali tanam)
  • Bakul Media
  • Benang Media
  • Biji Benih
  • Cawan Sukatan

KELEBIHAN KEPADA PIHAK SEKOLAH

Hidroponik memberi pelbagai kebaikan terutama kepada sekolah dalam pelbagai aspek seperti:

1. Aplikasi Pembelajaran

Sistem Hidroponik boleh diserap kedalam sistem pembelajaran pelajr terutama sekali dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup dan sains pertanian. Selain itu ia juga boleh di aplikasikan di dalam aktiviti kokurikulum di semua sekolah. Abila kita bertanya kepada pelajar “Bolehkah kita menanam sayuran menggunakan air?” Jawapannya pasti Tidak. Ini keranan mereka tidak diberi pendedahan terhadap sistem penanaman hidroponik ini walaupun telah lama diamalkan. Oleh itu, dengan mengaplikasikan sistem hidroponk di dalam sistem pembelajaran, para pelajar akan lebih peka terhadap teknologi pertanian moden.

2. Penjimatan Kos

Set Kazzponic ternyata lebih menjimatkan kerana set Kazzponic tidak memerlukan pelajar mencangkul tanah, menyiram pokok dan membuat batas. Jika biasanya tanaman atas tanah perlu mencangkul, menyiram, dan merumput, kos banyak dihabiskan untuk membeli cangkul, penyiram, racun perosak dan lain-lain peralatan. Dengan penggunaan Set Kazzponik, pihak sekolah tidak perlu lagi menghabiskan duit untuk membeli peralatan tersebut sebaliknya hanya membeli Set ini dengan penggunaan baja hidroponik untuk 10 kali tanaman.

3. Penghasilan Pendapatan Tambahan Kepada Sekolah

Kaedah hidroponik ternyata berjaya mempercepatkan 300% kadar pertumbuhan tanaman yang ditanam berbanding dengan tanaman atas tanah. Dengan hasil tanaman tersebut, ianya dapat dijual ke kantin-kantin sekolah mahupun warga sekolah sendiri khasnya para guru. Ini akan dapat menghasilkan pendapatan kepada sekolah secara tidak langsung. Tambahan pula, dengan baja hidroponik yang berkesan mempercepatkan kadar pertumbuhan tanaman, hasil tanaman dapat dituai dengan lebih cepat berbanding tanaman atas tanah.

4. Kawasan Terhad

Biasanya untuk subjek Sains Pertanian dan Kemahiran Hidup amat memerlukan tanah untuk para pelajar membuat batas. Sekiranya terdapat 200 orang pelajar mengambil subjek ini, pastinya pihak sekolah perlu menyediakan ruang/kawasan tanah yang lebih luas bagi membolehkan pelajar mendapat batas yang cukup. Namun, dengan adanya Set Kazzponic, pihak sekolah tidak perlu runsing lagi tentang mencari tanah mahupun kawasan yang luas bagi pembelajaran subjek Sains Pertanian mahupun Kemahiran Hidup. Kerana set Kazzponic hanya memerlukan kawasan yang sedikit bagi penanaman.

5. Lanskap

Kami menyedari bahawa lanskap adalah penting bagi mencantikkan kawasan persekitaran di sekolah. Justeru itu, menyedari bahawa kebolehan set ini untuk menanam tanaman bunga-bungaan seperti bunga mawar, kekwa, carnation, puding, melati, bunga lili, bunga raya dan lain-lain, kami berjaya membuktikan bahawa set ini amat sesuai untuk mencantikkan kawasan sekolah sebagai lanskap. Cuma tanam bunga dengan set ini dan letakkan di tepi bangunan sekolah, di korridor bangunan kelas mahupun di bilik guru, ianya pasti menambahkan kecantikan da keindahan kawasan sekolah. Ini kerana set ini mampu menanam berbagai jenis tanaman bunga-bungaan.

6. Aplikasi Teknologi Pertanian

Walaupun sistem hidroponik ini telah lama wujud, namun kewujudannya masih ramai yang tidak tahu. Teknologi pertanian hidroponik ini telah lama digunakan dan dibangunkan dinegara-negara maju. Dan mereka telahpun beralih kepada teknologi baru iaitu Aeroponik. Oleh itu Sistem Hidroponik ini diaplikasikan disekolah untuk beralih kepada teknologi baru. Hidroponik sebenarnya penting kerana ia adalah asas kepada Teknologi penanaman Aeroponik

7. Mendidik para pelajar ke arah KEMPEN BUMI HIJAU

Usaha yang dijalankan oleh Kazz Hidroponik dengan memperkenalkan Set Kazzponic kepada sekolah-sekolah bukan hanya untuk dipraktikkan di dalam mata pelajaran tetapi juga membantu mendidik para pelajar ke arah KEMPEN BUMI HIJAU. Kita menyedari bahawa pendidikan di sekolah banyak mempengaruhi para pelajar. Begitu juga halnya dengan pengenalan Set Kazzponic yang mana secara tidak langsung mendidik pelajar menyayangi alam sekitar. Kami juga menyedari dunia sekarang sangat mementingkan alam sekitar. Justeru itu, Set Kazzponic menyumbang dalam mempromosikan Kempen Bumi Hijau di sekolah.

8. Kesihatan

Kebanyakkan sayur-sayuran sekarang amat diragui kebersihannya walaupun kelihatan segar dan bersih. Ini kerana kebanyakkan petani menyembur racun perosak pada tanaman untuk mengelakkan tanaman terkena serangan serangga perosak sebelum dijual. Racun perosak jika disembur berlebihan akan memberi kesan buruk kepada kesihatan. Namun dengan Set Kazzponic, kita tidak perlu menyembur racun kerana tanaman hidroponik tidak ada serangan serangga perosak. Tambahan pula, kita amat digalakkan untuk makan sayur-sayuran untuk kesihatan yang lebih baik. Justeru itu, dengan pengenalan Set Kazzponic, kita dapat membantu orang ramai mendapatkan kesihatan yang lebih baik kerana baja hidroponik yang digunakan dalam tanaman hidroponik ini tidak membahayakan kesihatan dan selamat digunakan bagi pelajar sekolah dan orang ramai.

……………………………………………………………..
TROPICAL BIOESSENCE MARKETING
NO 88,Jalan tu 2,Taman Tasik Utama,
75450,Ayer Keroh,Melaka Malaysia
Pejabat : 06-2323500 Faxs : 06-2323887
Hotline:
019-7736867 (Cik Hidayah)
017-3627507 (Encik Zamri)
Email: kazzponik@yahoo.com
Website: http://www.kazzponik.com

June 22, 2009 at 4:03 AM Leave a comment

Pengedar dan Usahawan Hidroponik di Malaysia

Bidang pertanian hidroponik ini memang diminati ramai. Buktinya semakin hari semakin banyak usahawan di kalangan anda mula memasuki dan meminati bidang Hidroponik. Ini kerana mereka yakin dengan konsep penanaman hidroponik yang benar-benar mudah, cepat dan menguntungkan. Selain daripada itu, mereka juga sedar akan kebaikan daripada kaedah penanaman hidroponik iaitu antaranya adalah kualiti sayuran yang tinggi serta tahap kesihatan yang baik dengan menanam sendiri sayuran dirumah dan juga dapat menjamin kesihatan yang baik untuk ahli keluarga serta orang tersayang.

JOHOR

STOKIS NEGERI – TIADA LAGI

Muar – Samsul : 012-6860461

Kota Tinggi – Nazri : 013-7236085

Johor Bahru – Idris : 019-7334955

Johor Bahru – Zaymah : 012-7246892

Johor Bahru – Mohd Irwan : 013-7919303

Benut – Tukiran : 017-7470595 / 02-82333204

MELAKA

STOKIS NEGERI – TIADA LAGI

Pulai – Mohd Suhaili : 019-7167847

Bt Berendam – Noraini : 013-3628394

Alor Gajah – Shahriman : 06-55321134(RUMAH) / 012-9312795(HP)

NEGERI SEMBILAN

STOKIS NEGERI – TIADA LAGI

Ampangan – Mohd Ismail : 012-6438302 / 06-6789396

Seremban – Md Nasir : 06-6798629 / 019-3440226

Seri Jempol – Mahathir : 013-7958142 / 06-4685607

SELANGOR

STOKIS NEGERI – TIADA LAGI

Klang – Zaid : 019-3829014 / 03-51617313

Klang – Shahrul Azman : 019-3507695

Petaling  Jaya – Noranaliza : 019-6329793

Subang Jaya – Alfarizan : 019-3869105

Shah Alam – Noriah : 019-2265075

Bangi – Zamri : 019-6688690

Bangi – Mustafa : 019-6630556 / 013-3930556

Putrajaya – Ismail : 019-2569630

PAHANG

STOKIS NEGERI – TIADA LAGI

Kuantan – Zakaria : 019-9506735 / 09-5833735

KELANTAN

STOKIS NEGERI – TIADA LAGI

Tanah Merah – Tengku Alang  : 019-9928967

Kota Bharu – Nazman Ismail : 0199833152

TERENGGANU

STOKIS NEGERI – TIADA LAGI

Kemaman – Zul Azri : 019-6080712 / 012-922 4416

KEDAH

STOKIS NEGERI – TIADA LAGI

Langkawi – Zulkifli : 012-4739112

Sungai Petani – Mahathir : 019-4257518

PERAK

STOKIS NEGERI – TIADA LAGI

Teluk Intan – Ariffin : 016-5401547

Batu Kurau – Tan Malihan : 017-5555798

Gerik – Mohd Ismail : 012-5712329 / 012-5712326 / 05-7913607

PENANG

STOKIS NEGERI – TIADA LAGI

Balik Pulau – Mohamad Hidzir : 04-8661289 / 016-4141602

Nibong Tebal – Mat Nasir : 012-4602318 / 017-5080854 / 04-5938269

Gelugor – Noor Azuar bin Sattar : 019-4586374

PERLIS

Kangar- Mohd Asyraf : 04-9762751 / 017-3458032

SABAH

STOKIS NEGERI – TIADA LAGI

Tawau – Ahmad Yadi / Siti Norhayati : 019-8074692

Tawau – Rizal : 016-8240712

SARAWAK

STOKIS NEGERI – TIADA LAGI

Kuching – Mohd Zulhisham : 082-345294 (HOME)/013-8293258(HP)

Mukah – Hjh Norma : 019-8664844

Bintulu – Liden Anak Endil : 013-8419915 / 019-8648357

Miri – Mazlan : 019-815975 / 085-651429

Miri – Dayangku Ramlah : 085-651429 (H) / 019-8159275 (HP)

WILAYAH PERSEKUTUAN

STOKIS NEGERI – TIADA LAGI

Labuan – Ahmad Azahri : 087-413398 / 013-8971918

Labuan – Shamsudin : 014 – 8624381

KUALA LUMPUR

STOKIS NEGERI-TIADA LAGI

Ampang – Roziah : 012-2818018

SINGAPURA

STOKIS NEGARA – TIADA LAGI

Nooraini Ghaus : 90601757 / 014-9104512

Berminat untuk menjadi pengedar hidroponik dan menjadi usahawan hidropponik?

……………………………………………………………..
TROPICAL BIOESSENCE MARKETING
NO 88,Jalan tu 2,Taman Tasik Utama,
75450,Ayer Keroh,Melaka Malaysia
Pejabat : 06-2323500 Faxs : 06-2323887
Hotline:
017-3058353 CIK ANN
Email: sales@kazzponik.com
Website: http://www.kazzponik.com

June 22, 2009 at 3:32 AM Leave a comment

CARA BANCUHAN BAJA HIDROPONIK

Baja Hidroponik yang digunakan oleh kami adalah baja yang berkualiti. Ia tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang tinggi seperti baja-baja yang lain. Baja Hidroponik ini penting dalam sistem hidroponik takungan. Bancuhan baja juga perlulah betul untuk mengelakkan baja rosak. Di sini saya akan beritahu anda semua bagaimana cara untuk membancuh baja hidroponik.

CARA-CARA BANCUHAN BAJA HIDROPONIK

LANGKAH 1:

1. Masukkan air ke dalam bekas atau baldi dengan kira-kira 20 cawan penyukat. Kebiasaannya kita menggunakan air paip.

step 1

LANGKAH 2:

2. Keluarkan semua baja serbuk dan baja cecair  (baja hidroponik) dan masukkan kedua-dua baja tersebut ke dalam bekas atau baldi yang telah di isi air.

step 2

LANGKAH 3:

3. Gaulkan kesemua baja dan air sehingga rata. Dalam erti kata lain sebati.

step 3

LANGKAH 4:

4. Masukkan 2 cawan baja cecair tersebut ke dalam setiap takung hidroponikyang telah diisi air sebanyak 20 liter air.

step 4

LANGKAH 5:

5. Gaulkan bancuhan air baja hidroponik di dalam takung hidroponik tersebut sehingga sebati. Air tersebut akan bertukar menjadi warna pink cair menandakan baja telah sebati.

step 5

LANGKAH6:

6. Tutup baki bancuhan baja hidroponik dan simpan di tempat yang tertutup. Tujuannya adalah untuk menghalang daripada sinaran cahaya matahari yang boleh membawa kepada pertumbuhan alga atau kulat.

step 6

Hubungi kami di kazzponik@yahoo.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

June 13, 2009 at 2:57 PM Leave a comment

Older Posts


May 2013
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

HUBUNGI KAMI:

TROPICAL BIOESSENCE MARKETING Hotline: Cik Ann 013-6002842 Email:kazzponik@yahoo.com Website: www.kazzponik.com

TAWARAN!!!

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENCEBURI BIDANG HIDROKULTURE BOLEH HUBUNGI KAMI DI TALIAN 013-6002842 ANDA JUGA BOLEH EMAILKAN KEPADA KAMI DI kazzponik@yahoo.com

PELUANG PERNIAGAAN!!!

Rebutlah peluang bergelar stokis hidrokultur bersama kami. Peluang pendapatan lumayan buat anda yang menceburi bidang ini kerana bidang hidrokultur di Malaysia masih hijau dan tiada usahawan yang terlibat dalam bidang ini. Justeru itu, menyedari potensi untuk berjaya adalah besar, kami ingin melahirkan usahawan Hidrokultur di Malaysia. Hubungi kami untuk maklumat lanjut. kazzponik@yahoo.com. http://www.kazzponik.com

BLOG STATS

  • 43,521 hits
Join My Community at MyBloglog!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.