Archive for August, 2009

SAMBUTAN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN KEBANGSAAN (HPPNK) 2009

Kami akan berada di Sambutan HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN KEBANGSAAN (HPPNK) 2009 yang akan diadakan di MITC Ayer Keroh Melaka. Anda semua dijemput hadir. Kami menawarkan pelbagai barangan untuk Hidroponik dan Hidrokultur khas untuk anda.

Anda juga berpeluang untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai pertanian Hidroponik dan Hidrokultur. Pelbagai peluang perniagaan kami tawarkan kepada anda.

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN ANDA. KUNJUNGI BOOTH KAMI DISANA SEPANJANG TEMPOH PAMERAN!


MAKLUMAT PAMERAN:

Tarikh :10 hingga 16 Ogos 2009

Tempat : Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC),Ayer Keroh, Melaka

Anjuran : Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani


Dirasmikan oleh:

Y.A.B. Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia

pada 13 Ogos 2009 (Khamis, jam 10.00 pagi).

August 10, 2009 at 1:12 AM Leave a comment

HIDROPONIK ASAS AEROPONIK

Aeroponik berasal dari perkataan aero yang membawa maksud udara dan ponosyang bermaksud daya atau kerja. Aeroponik disimpulkan  sebagai kaedah memberdayakan udara. Aeroponik merupakan suatu sistem hidroponik yang menggunakan udara sebagai media utama dan mendapatkan nutrisi & air melalui kabut (mist/fog) buatan. Teknik ini menempatkan tanaman dimana akar diposisikan tergantung diudara dan di tampung oleh styrofoam. Nutrisi diberikan dengan cara pengkabutan secara merata di daerah sistem perakaran.Akar tanaman yang tergantung akan menyerap larutan nutrisi tersebut.

Aplikasi utama dalam sistem aeroponik adalah tekanan (pressure) yang dihasilkan oleh selang saluran. Tekanan tinggi pada selang saluran akan menghasilkan butiran air berbentuk kabut. Permasalahan utama untuk teknik aeroponik pada umumnya adalah tekanan yang dihasilkan di selang saluran adalah kurang tinggi sehingga butiran air yang terbentuk adalah kasar. Semakin kecil butiran air maka permukaan butiran air semakin luas dan meyebabkan kandungan udara semakin banyak. Semakin banyak kandungan udara di permukaan wap air, maka kemungkinan penambatan O2 oleh butiran air semakin meningkat.

Aeropononik merupakan kaedah penanaman yang sangat efektif kerana ianya dapat menghasilkan butiran cairan halus (droplet) dalam bentuk wap air yang mempunyai kelebihan seperti lebih mudah diserap oleh tanaman. Media perakaran yang paling efektif adalah media yang mampu menyediakan dan mengirim O2 paling banyak ke perakaran tanaman. Tanah padat menyediakan 20-30 % O2 untuk akar. Media tanaman kombinasi tanpa tanah menyediakan hingga 50 % O2 dan hidroponik 80% untuk akar. Maka, aeroponik dengan langit sebagai batas memungkinkan akar memperoleh O2 hingga 99%. Inilah alasan mengapa pertumbuhan tanaman aeroponik lebih pesat daripada tanaman yang menggunakan kaedah konvensional.

Pengabutan nutrisi yang optimis diberikan secara langsung kepada akar tanaman sehingga akar dapat menyerap nutrisi dengan lebih mudah. Sisa nutrisi yang tidak menempel di akar akan kembali lagi ke larutan yang ada dibawahnya, dan akan dilarutkanlagi.

Sistem aeroponik dapat meningkatkan pertumbuhan hingga 10 x lebih cepat pada beberapa tanaman semusim berbanding dengan kaedah tanaman yang menggunakan kawasan tanah. Penghasilan pertumbuhan yang pesat adalah disebabkan oleh akar intensif memperoleh larutan nutrisi yang kaya DO dan nutrisi juga menyerap dalam sistem perakaran tanaman secara langsung tanpa media perantara. Pada kebiasaanya, sistem tanaman konvensional akan menyerap nutrisi beserta kandungan bacteria dalam sistem perakaraan. Kecepatan penyerapan nutrisi melalui kaedah tanaman aeroponik adalah mampu mencapai sehingga 135 % lebih cepat daripada kaedah hidroponik yang lain. Walau bagaimanapun sistem tanaman aeropik mempunyai kelemahannya tersendiri dimana sistem ini terlalu bergantung kepada kabut yang menghasilkan springkel. Akar tanaman ini akan lebih mudah mengering sekiranya sistem pengkabutan terganggu atau terdedah kepada udara tanpa penutup (sealed).

Perbezaan ketara antara aeroponik dan hidroponik adalah dari segi kos dan juga perlaksanaannya. Aeroponik memerlukan kos yang tinggidisebabkan alatan yang digunakan termasuk pam dan palong berteknologi tinggi. Manakala hidroponik adalah asas kepada aeroponik hanya memerlukan kos yang rendah tanpa kos pam dan palong.

Untuk negara ma laysia beralih kepada teknologi Aeroponik, ianya memerlukan kos yang amat tinggi dan tenaga kerja yang mahir dalam pengendalian teknik Aeroponik. Oleh itu kami mencadangkan teknik Hidroponik sebagai asas teknologi pertanian dimasa hadapan. Di samping itu membuatkan rakyat Malaysia dapat memahirkan diri dalam teknologi pertanian baru iaitu tanaman tanpa tanah.

Berdasarkan pelan pembangunan sektor agro makanan  yang dirangka, seramai111,335 orang pekerja mahir dalam industri pertanian diperlukan bagi mendokong wawasan dan menjayakan misi untuk membangunkan sektor pertanian negara menjadi satu dari penjana utama ekonomi negara.

Berbeza dengan kaedah hidroponik yang memerlukan akar tanaman terendam dalam nutrien, kaedah aeroponik memerlukan ruang udara antara akar pokok dan paip yang menyemburkan nutrien dan air untuk melembapkan dan menyuburkan pokok.

Proses penanaman bermula dengan percambahan biji benih. Setelah dua hari di dalam bilik percambahan, anak pokok itu dipindahkan ke tapak semaian dan dibiarkan selama dua minggu sebelum diletakkan di atas palong di dalam rumah hijau. Di rumah hijau itu, sayur-sayur berkenaan akan dibiarkan membesar sehingga sampai masa untuk dituai.

Palong-palong di rumah hijau itu diperbuat daripada polistyrene untuk mengelak penyerapan haba. Di bahagian tengah palong diletakkan paip yang mempunyai alat semburan yang direka khas pada jarak yang tertentu.

”Alat penyembur itu akan menyemburkan nutrien dan air yang telah disejukkan ke bahagian akar tanaman pada kekerapan tertentu. Ruang yang ada antara paip dan akar tumbuhan itu membolehkan tanaman memperoleh oksigen secukupnya untuk pembesaran yang lebih cepat dan sihat.

”Semburan air sejuk itu dapat ‘menipu’ tanaman sehingga membolehkan kita menanam sayur iklim sederhana di kawasan rendah dan panas seperti di sini,”.

Dua elemen penting dalam proses aeroponik ialah air dan bekalan elektrik. Kaedah aeroponik merupakan kaedah yang paling menjimatkan air, iaitu menggunakan kira-kira 10 peratus air yang digunakan dalam kaedah hidroponik. Lebihan air semburan di palong akan dikumpulkan dan disalurkan kembali ke tempat penyejuk untuk dikitar semula dalam proses semburan berikutnya.

Dalam situasi masa dan ekonomi sekarang, adalah amat tidak sesuai untuk kerajaan Malaysia mengimplementasikan aeroponik di sebabkan kos yang amat tinggi dan oleh kerana itu kami mencadangkan agar hidroponik diperkenalkan sebagai asas kepada pembelajaran disekolah-sekolah milik penuh kerajaan dan swasta kerana kos yang rendah.

“KEMPEN MERAKYATKAN HIDROPONIK”

August 5, 2009 at 5:51 PM 1 comment

Rumah Hidrokultur

DSC04481Saban tahun, permintaan terhadap pokok bunga dan pokok hiasan semakin meningkat. Statistik menunjukkan lebih kurang 610 orang pengusaha bunga-bungaan dn tanaman hiasan yang telah berdaftar di Malaysia. Jumlah pengusaha ini seraya dengan peningkatan permintaan terhadap bunga-bungaan di Malaysia.Keluasan kebun bunga dan tapak semaian di Malaysia kini mencecah hampir 2000 hektar.

Jika kita lihat kebanyakan pusat semaian anak pokok misalannya pokok bunga dan pokok hiasan di Malaysia, kebanyakannya menggunakan tanah sebagai medium penyemaian. Sebagai langkah untuk mengatasi masalah kekurangan kawasan penyemaian, kami mengesyorkan untuk menggunakan teknik hidrokultur sebagai medium penyemaian pokok hiasan dan bunga-bungaan.

Penubuhan rumah hidrokultur dapat membantu dalam penjimatan kos kawasan yang digunakan. Rumah hidrokultur ini adalah teknik yang berkesan kerana ia boleh dijalankan dimana sahaja. Selain dilakukan di tepi-tepi jalan seperti kebiasaannya, ia kini boleh dijalankan di tempat-tempat tertutup seperti Pasaraya, Shopping Complex, di deretan kedai dan sebagainya.

Kenapa Hydrokultur ia boleh dilakukan ditempat tertutup?

  • Ia tidak menggunakan medium tanah sebagai tempat penanaman dan penyemaian.
  • Hanya menggunakan air baja sebagai medium penanaman
  • Tidak mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan
  • Tak memerlukan cahaya matahari yang banyak cukup sekadar cahaya lampu
  • Menjimatkan kos penggunaan tanah
  • Membantu pengudaraan di dalam tempat seperti shopping compleks, pasaraya dan supermarket
  • Menarik perhatian pengunjung di pasaraya
  • Meningkatkan produk jualan hidrokultur
  • Menarik minat untuk menceburi bidang Hidrokultur

Projek rumah hydrokultur ini adalah satu langkah penjimata yang bijak untuk dilakukan oleh kepada sesiapa yang meminati bidang perusahaan bunga-bungaan dan tanaman hiasan.

Sekiranya anda berminat untuk menceburi bidang hidrokultur ini dan ingin menjadi usahawan hidrokultur, anda boleh hubungi kami di:

__________________________________________________________

TROPICAL BIOESSENCE MARKETING
Hotline:

013-6002842 (Cik Ann)
Email: kazzponik@yahoo.com
Website: www.kazzponik.com

August 2, 2009 at 6:10 PM Leave a comment


 

August 2009
M T W T F S S
« Jul   Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

HUBUNGI KAMI:

TROPICAL BIOESSENCE MARKETING Hotline: Cik Ann 013-6002842 Email:kazzponik@yahoo.com Website: www.kazzponik.com

TAWARAN!!!

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENCEBURI BIDANG HIDROKULTURE BOLEH HUBUNGI KAMI DI TALIAN 013-6002842 ANDA JUGA BOLEH EMAILKAN KEPADA KAMI DI kazzponik@yahoo.com

PELUANG PERNIAGAAN!!!

Rebutlah peluang bergelar stokis hidrokultur bersama kami. Peluang pendapatan lumayan buat anda yang menceburi bidang ini kerana bidang hidrokultur di Malaysia masih hijau dan tiada usahawan yang terlibat dalam bidang ini. Justeru itu, menyedari potensi untuk berjaya adalah besar, kami ingin melahirkan usahawan Hidrokultur di Malaysia. Hubungi kami untuk maklumat lanjut. kazzponik@yahoo.com. http://www.kazzponik.com

BLOG STATS

  • 22,566 hits
Join My Community at MyBloglog!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.